Tuesday, April 7, 2009

CHAPTER 9

Kereta di garaj sempat kuintai sebaik sahaja aku sampai di rumah. Mak Lang ada kerja lagi…. Nampaknya aku kena jaga dia betul-betul la malam ni…
Tuala kuserahkan kepadanya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia mengerutkan dahi.
“Mandi. Takut demam tu melarat…. ,”kataku.
“Ko la mandi dulu! ,”bantahnya. Aku memasamkan muka.
“Pergi je la!! ,”kataku sambil menolak tubuhnya ke bilik air.
“Ye la! Ye la! Aku pergi la ni! ,”akhirnya dia menurut. Pintu bilik air dikunci dari dalam. Aku mengeluh. Harap dia tak apa-apa….
Aku melangkah ke katil. Uniform sekolah yang basah kutukar. Bilik air kupandang. Lamanya… Takkan dah pengsan kot? Ish! Takkan la….
Aku kembali menukar baju. Sejurus selapas itu, kedengaran kunci pintu bilik air dibuka. Pantas aku menoleh. Namun,aku segera mengalihkan pandanganku kea rah lain. Mukaku kurasakan panas.
“Kenapa tak pakai baju? Jeeko tau Milla ada kat sini kan?!? ,”marahku. Syafiq Zikrul yang hanya memakai tuala tidak kupandang. Malu!
“Habis tu, mana aku nak cari baju? Ko tolak aku masuk bilik air dengan uniform basah tu. Takkan aku nak pakai balik kot? ,”soalnya. Kedengaran tawa kecil keluar dari mulutnya.
“Ala…macam la ko tak pernah tengok aku tak berbaju. Dulu ok je? ,”katanya sambil ketawa. Mukaku kurasakan membahang.
“Dah la! Masuk bilik! ,”suruhku. Dia ketawa. Langkahnya diatur menuju ke biliknya.
Aku menjeling ke arah biliknya selepas pintu biliknya ditutup. Sewel! Memang la dulu aku pernah tengok dia tak pakai baju tapi tu zaman bila? Zaman jahilliah dulu ; zaman sekolah rendah! Mana sama ngan sekarang? Sewel!!!!
Aku mencapai tuala milikku. Lantak la kau Jeeko…. Baik aku pergi mandi. Nanti tak pasal-pasal aku pun demam sama!

No comments:

Post a Comment