Wednesday, April 1, 2009

CHAPTER 2

Hari ni hari pertama aku kat sekolah ni. Nasib baik betul aku tak sekelas ngan setan zargus tu!! Yes! Dapat la jugak aku lepaskan diri dari dia kejap…
Semalam dah la aku penat, die suruh aku buat macam-macam pulak! Lepas papa call semalam, aku terus tidur. Penat!! Barang aku sendiri pun aku tak sempat kemas!
Satu je yang aku hairan… Dia dah buli aku macam-macam semalam tapi yang peliknya….aku mimpikan dia semalam!! Mimpi ke? Semua tu….macam real… Macam betul-betul berlaku!! Dalam mimpi tu..dia romantik sangat… Dia tolong selimutkan aku..duduk kat sisi katil aku sambil pegang tangan aku, pandang kearah muka aku… Romantik sangat!! Ish! Mustahillah sumer tu betul… Mutahil setan zargus tu macam tu….
“Awak! Awak Anis Karmilla kan? Nak kenal leh tak?? ,”
“Anis Karmilla… awak cantik….Jadi makwe saya? ,”
“Cantik la nama awak…secantik tuannya.. Saya panggil awak sayang boleh??,” Serentak, lelaki-lelaki itu menyerbu aku. Apahal pulak ni?loceng rehat baru je berbunyi, terus serbu aku?? Serabut!!!
“Ehem!! ,” Suara seseorang membuatkan mereka mengangkat kepala serentak. Aku turut sama mencari pemilik suara itu. Macam kenal….
Ketika semua lelaki-lelaki gatal tadi berundur, baru la aku dapat melihat rupa pemilik suara itu. Ceh! Patut la macam kenal… Tapi bagus jugak.. Dia dah selamatkan aku dari mamat-mamat tu!
“Apahal pulak tu?,”soalnya kepadaku. Siapa dia? Saper lagi kalau bukan setan zargus tu..
“Tak ade ape… Diorang just nak menggatal je.. Thanks sebab dating… Sekurang-kurangnya dapat gak Milla larikan diri dari diorang…. ,”kataku. Eh..jap.. Thanks?? Ark! Alamak!
Dia tersenyum sinis.
“Thanks je? Aku bukan kuli kau ok!! ,”katanya. Sinis sekali. Alamak…Memang sah-sah dia akan mintak aku buat macam-macam lepas ni sebagai balasan. Memang ayat tu dah macam taboo bagi aku. Kalau aku sebut, nahas la aku…
“Oit Anis Karmilla, ko ingat saje-saje je aku datang sini nak tengok muka buruk ko tu? Tak payah nak perasan la…Aku dating sini Cuma nak bagitau… petang ni bas takde.. Nak balik, balik ngan aku. Lain la kalau ko nak suruh mamat-mamat ‘handsome’ tadi hantar ko balik… Tapi..,” kata-katanya terhenti dengan datangnya dua orang gadis.
Syafiq, ni ada hadiah untuk awak..Khas untuk awak… ,” Apa pulak kali ni?
Setan zargus tu memberikan senyuman manis. Handsome!! Ish… mengarut! Hmm…memang la sekali pandang nampak manis senyuman tu tapi bagi aku..senyuman tu Nampak macam plastik. Dibuat-buat! Argh…lantak dia la….
Sebaik sahaja mereka beredar, aku menyoalnya.
“Tapi apa?,” Setan zargus itu menjeling tajam.
“Ko ni tak boleh tengok aku bahagia sikit ke? Kacau daun betul! ,” marahnya. Aku memandang gadis tadi, yang sudah mula beredar.
“Girlfriend ke? ,”soalku. Dia menoleh pantas ke arahku.
“Girlfriend? Sorryla…Muka macam tu nak jadi girlfriend aku? Jauh panggang dari api! Tolong skit!! ,”katanya.
“Pastu? Saper diorang? ,” aku menyoal, hairan.
“Peminat. Biasa la… Aku kan digilai ramai? Dah la… Pasal tadi. ko nak balik ngan aku boleh tapi ko kena tunggu aku la. Aku ada discussion. Habis 3.30 ,” katanya. Aku terlopong.
“3.30?? pastu Milla nak duk mana? Kelas Milla habis pukul 2… ,”
“Itu ko punya pasal la! ,” Aku mengerutkan dahi.
“Kalau Milla kena kacau lagi dek mamat-mamat tu, macam mana? Sekarang kat kelas,ramai orang. Takde la bahaya sangat. Tapi karang? Kalau jadi apa-apa kat Milla, Jeeko nak tanggung ke? ,” soalku.
“Jangan panggil aku dengan nama tu kat sini! ,” marahnya.
“Okey la.. kalau jadi apa-apa kat Milla, Syafiq nak tanggung? ,” sekali lagi aku mengulang soalan yang sama, tapi menggunakan nama yang berlainan. Apa la dia ni… Aku cakap punya la sopan, nak marah jugak? Hmm…maybe dia malu aku panggil dia macam tu kat sini. Hilang la macho dia tu! Tapi… Aku pun tak tau kenapa aku berbahasa macam tu dengan dia… Jeeko dan Milla… Mungkin sebab aku dah biasakan diri dengan nama tu sejak kecil… Memang aku tak pernah panggil dia dengan nama lain pun…kecuali masa aku cakap sorang-sorang la…hehe…
Setan zargus itu menggaru kepala.
“Ko ni selalu je menyusahkan aku! Ish!! Agrh! Gini la.. ko duduk je dalam kelas aku tunggu aku habis. Takde orang nak kacau ko. Puas hati? Macam budak kecik! Penakut! ,” sindirnya. Aku memasamkan muka.
“Bukan penakut, tapi takut nanti Mak Lang tanya, ada orang tak tahu nak jawap…. ,”aku menggumam sendirian.
“Apa dia? ,”soalnya. Fuh! Nasib baik dia tak dengar…
“Takde ape… Thanks Jeeko…,”kataku.
“Thanks? Ko ingat aku akan tolong ko senang-senang? Dan satu lagi ; kalau ko panggil lagi aku dengan nama tu kat sini aku bunuh ko! Dah dah! Aku nak masuk kelas. Babai! ,” katanya sambil berlalu pergi. Aku ketawa kecil. Sewel la dia ni…..
Setan zargus… Tapi sesetan-setan dia pun, dia masih ada perikemanusiaan. Tu yang buat aku hilang benci sikit kat dia kadang-kadang….

No comments:

Post a Comment