Tuesday, April 7, 2009

THAT's ALLL!!!!!!

Aloha kwn2 yang bace…. Sorry,aku x pandai nk wt ending citer… sejak dulu lg ade masalah 2. so… aku hrp korang puas ati ngan ending dia… x puas ati, wt sndri!!! K r… 2 je..hrp korang enjoy ngan citer yang…x la best sangat aku rasa… ni juz remake sebab citer asal dah dihilangkn oleh org yg x bertanggungjwb. K…papai…………….

CHAPTER 12

Pagi-pagi lagi, aku dah dapat panggilan daripada papa dari Jepun. Wish birthday aku…. hari ni 29 februari, birthday aku yang ke-17. Tapi tak dapat nak cakap lama-lama sebab aku nak ke sekolah pulak….
Hari ni, setan zargus tu dah pun ke sekolah. Demam semalam dah kebah. Cuma selesema je la sikit-sikit…. Aku pun sama. Dah tak pening tapi selesema. Tapi tak seteruk dia la…
Kat sekolah tadi,seperti yang aku jangkakan, meja aku dipenuhi dengan kad-kad dan bungkusan hadiah pelbagai bentuk yang datangnya dari…aku pun tak tahu siapa empunya semua ni…. Tapi stu je yang buat aku kecewa ; takde lagi kad kuning bercorak rama-rama. Takkan la dia tak tau hari ni birthday aku? atau…sengaja buat tak tau?
Sekarang dah pukul 11 malam. 29 haribulan dah nak habis…. Apa la dia ni…. Semalam kata suka kat aku tapi wish birthday aku pun tak…. Argh!!! Dah la! Baik aku tido daripada tunggu benda yang tak mungkin jadi.
Aku merebahkan badan ke katil. Selimut kutarik dan mata kupejam. Lama. Argh!!!! kenapa aku tak dapat nak tido?!?!
Selimutku kutolak ke hujung katil. Jam di dinding kupandang. 11.45…. lagi 15 minit, harijadi aku akan berlalu…
Bunyi pintu ditolak membuatkan aku segera menutup mata. Pura-pura tidur! Mamat tu nak ke tandas kot? Biarkan la dia….
“ Ish…. Tido tak pernah nak selimut. Apa la dia ni… ,” kudengar dia mengomel seorang. Terasa seseorang menarik selimutku, meletakkannya kembali di tubuhku, dan kemudiannya mengusap kepalaku. Aku memejam mata, mendiamkan diri. Mukaku kurasakan merah padam. Dia ni….
“Sorry pasal semalam…. Aku tak tau macam mana nak bagitau ko yang aku tulis kad tu. kang kalau aku bagitau, ko kata aku mat jiwang pulak…. ,”katanya. Kepalaku masih diusap. Aku memasang telinga. Dia mengeluh.
“ Hari ni pun aku nak mintak maaf jugak…. Hari ni ko punyer birthday kan? Aku tak berani nak wish awal-awal sebab takut boyfriend ko marah…. Jadi, baik aku jadi orang yang paling last…. ,”katanya. Mamat ni…. Macam tu rupanya…. Mr. Shafiq Zikrul, saya takde boyfriend la….
“ Aku ada something untuk ko ,”katanya. Something? Apa dia?
Nasib baik aku dapat mengawal diri aku dari menjerit apabila dia tiba-tiba sahaja mengangkat kepalaku. Dia nak buat apa?
Terasa sesuatu diletakkan dileherku, kemudian kepalaku diletakkan kembali di atas bantal. Tapak tanganku dicapainya dan sesuatu…yang kurasakan macam sekeping surat diletakkan disitu.
“Itu je yang mampu aku bagi. Aku harap ko suka…. ,” terasa dia mengusap kepalaku sekali lagi dan kemudiannya bangun dari katilku,berjalan menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dan kedengaran bunyi pintu dikunci. Aku membuka mata yang dipejam sejak tadi. Aku bangun.
Semua yang berlaku tadi…mimpi ke? Jap! Hadiah tu! Aku meraba leher tu.
Terasa sesuatu berada dileherku. Aku memandang. Rantai! Rantai perak dengan buah rantai berbentuk rama-rama kecil. Ni…rantai yang aku minat tu! aku Nampak masa aku keluar k eke Kuantan dengan dia hari tu…. Aku just bagitau yang aku minat je…. Tak sangka dia belikan untuk aku betul-betul! Mahal jugak benda ni…. Kalau tak silap aku, dekat RM100 ade…
Aku memandang kea rah tanganku. Surat yang dilaetakkan di situ tadi kubuka, dan kubaca.

“Anis Karmilla,
Oit! Happy Birthday yang ke-4. Orang lain dah 17, ko baru 4 tahu. Tu la…. Sapa suruh ko lahir 29 februari??”
Aku tertawa dengan isi suratnya. Sewel la dia ni…. Surat itu kubaca kembali.

“ Sorry la…lambat wish birthday ko. Ye la…takut ‘cik abang ‘ ko marah lak kalo aku jadi orang first wish kat ko…. Nampak cam over la pulak kan?
Hal semalam…. Sorry la…tak tau nak gitau ko camne…. Tak tau nak gitau hal sebenar, Anis Karmilla….
Gini la…. Sebenarnya dah lama aku suka kat ko…. Sejak kecik lagi. Tapi aku takut ko tak suka cara aku layan ko. Jadi, aku diamkan perasaan aku. tapi, bila ko dah datang sini, sekolah akat sini, dan ramai lelaki cuba kacau ko, aku rasa tercabar dan aku rasa macam tak nak bagi ko jatuh kat orang lain. Sebab tu, aku hantar kad tu....
Jadi, kat sini aku nak aku dengan sepenuh dan setulus hati aku, mengatakan yang aku sukakan ko, Anis Karmilla…. Dan aku harap sangat-sangat yang ko jadi hak milik aku sorang. Tapi…tu sume mustahil kan? Orang yang ramai peminat macam ko mesti dah berpunyer…
Rantai tu. aku Nampak ko suka sangat hari tu…. jadi, aku hadiahkan untuk ko. Tu je yang aku terfikir nak bagi kat orang gila rama-rama macam ko… Harap ko terima seadanya.

Tu je yang aku nak katakan. Last skali, aku ucapkan terima kasih coz ko sanggup layan kerenah aku selama ni…. Selamat hari jadi….
P/S: kad tu…. aku selalu bagi gula-gula hacks…. Mesti ko pelik kenapa aku letak kan?
Hacks stands for:
H.A.C.K.S
Hanya. Aku. Cinta. Ko. Sorang

Surat itu berakhir di situ. Kurasakan mukaku merah padam apabila kubaca suratnya. Malu, tapi aku rasa macam happy sangat! Happy sebab hadiah tu dan…happy sebab aku rasa berbaloi sukakan dia…. Dan aku dapat tau yang selama ni, aku tak bertepuk sebelah tangan…. Memang la dulu aku sukakan Syafiq Zikrul yang romantik, baik,caring…yang kononnya cuma wujud dalam mimpi aku…. tapi sekarang, aku tau yang Syafiq Zikrul yang aku suka tu wujud dalam reality dan sedia untuk balas perasaan aku pada dia….
Aku mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja. Mesej kutaip.

Thanz 4 d present. Luv it! thanz Jeeko….
Pasal birthday tu…. milla x pernah kisah kalau Jeeko jd org 1st dan mmg itu yg milla hrpkn. Anyway…thanz and…
.
.
.
Luv u too


Aku mengumpul segala seberanianku untuk menghantar mesej itu. Macam…tak sanggup je! Malu….
Dan akhirnya..
Message sent” ayat itu tertera di skrin telefonku. Dah hantar! Aku menelan liur. Apa reaksi dia?
Sejurus selepas itu, telifon bimbitku berbunyi. Alamak! Dia call!
“Hello…. ,”aku bersuara,perlahan. Takut!
“Betul ke? ,”soalnya serta-merta.
“Betul apa? ,”aku menyoal bodoh. Pura-pura tak tahu pulak…
“Betul ke apa yang ko tulis kat dalam mesej tu? ,”soalnya lagi.
“Tulis apa? ,”
“Yang… ko cakap ko suka aku jugak… ,”katanya perlahan.
“Hah? Apa dia ? tak dengar sangat la… ,”kataku. sengaja buat dia gelabah, padahalnya, muka aku dah macam bara api sekarang ni. Malu!
“Ala…. Jangan la main-main! ,”katanya. Aku tertawa kecil.
“Sebelum tu, Milla nak tanya; apa nama penuh Jeeko? Tak ingat la…. ,”kataku.
“Kenapa? ,”soalnya hairan.
“ Jawab je la… ,”paksaku.
“Syafiq Zikrul bin Mohaizi ,” jawabnya.
“Ooo… Tadi Jeeko tanya Milla apa? Ulang lagi sekali. Tak jelas sangat la… ,”suruhku. Dia diam seketika.
“ Betul ke ko suka aku? ,”soalnya.
“Apa? ,” dia merengus di hujung talian.
“Ok! Ok! Betul ke… Milla… Suka… Jeeko?!?!? ,”dia menyoal kuat. Bingit telinga aku!
“ Tak ,”jawapku sepatah. Talian tiba-tiba hening. Aku tertawa kecil. Dengan muka merah padam, aku menyambung ayatku.
“Tapi Milla sukakan Syafiq Zikrul bin Mohaizi ,”kataku. talian segera kuputuskan. Malu! Telefon bimbitku berbunyi lagi. Dia call lagi! Aku menekan butang merah, cancel. Dan akhirnya satu teks mesej sampai kepadaku.


Thanz Milla……..

Aku tersenyum sendirian bilik yang berada di sebelahku itu kupandang. Bilik se…. Tak! Aku dah taknak panggil dia setan zargus lagi. Sekarang dia Syafiq Zikrul, orang yang penting dalam hidup aku….

CHAPTER 11

Selepas setan zargus tu tertidur, aku masuk ke bilik. Aku pun ngantuk gak!!! Hidung aku pun macam dah tak selesa je tadi. Kepala pun dah mula pening…. So, aku buat keputusan untuk tinggalkan je dia kat situ dan aku masuk bilik aku. Mulanya aku ingat nak teman dia sampai ke pagi tapi aku sendiri pun dah tak larat….
Sedang lena aku tidur, aku merasakan sesuatu menyentuh tanganku.sesuatu yang cukup sejuk. Apa benda pulak ni?.... perlahan-lahan, aku membuka mata. Serta-merta aku bangun apabila aku melihat apa yang ada di depan mataku. Lelaki itu turut sama terkejut.
“Apa yang Jeeko buat kat sini?!?,” soalku,agak kasar.apa yang dia buat? Jangan kata yang dia cuba ambik kesempatan sudah!
Kulihat dia menggaru kepala, serba-salah.
“Takde apa-apa la! Aku gi toilet, pastu aku Nampak ko tido tak berselimut…aku tolong la selimutkan! ,” katanya. Aku tersentak. Tolong selimutkan? Aku memandang kearah tangannya. Masih lagi memegang tanganku. Semua ni…macam mimpi aku sebelum ni! Mimpi? Betul ke? Atau….
“Jeeko…pernah buat macam ni ke sebulum ni? ,”soalku. Mukaku kurasakan sudah mula memerah.
“Macam ni macam mana? ,” dia berdalih.
“ Tolong selimutkan Milla dan… ,” aku mengangkat tanganku yang masih dipegangnya, “Ni ,” kataku. matanya terbeliak. Pantas dia melepaskan tanganku. Dia diam.
“Jeeko!!! ,” aku meninggikan nada suaraku. Dia menggaru kepala lagi, dan kemudiannya mengangguk. Mukaku merah padam.
“Kenapa? ,”soalku.
“Ko selalu tido tak selimut, aku on the way balik bilik, aku tolong la selimutkan! Salah ke? ,”katanya.
“Tak kisah la menda tu! tapi… kenapa… kenapa pegang tangan Milla? ,”soalku. Dia diam.
“Jujur, Jeeko! Kenapa? Milla just nak tau. Tu je… ,”kataku.
“Aku sukakan kau, puas hati?!? ,”jawabnya akhirnya. Aku tergamam. Serta-merta aku teringatkan apa yang berlaku sejak aku datang ke sini. Mula-mula, cara dia layan aku…. dah tak sejahat dulu. Lepas tu, masa aku keluar bandar hari tu…. Apa yang Nadia bagitau aku pasal dia…. Dan satu lagi, kad yang selalu Mr. Hacks tu bagi…ada atas meja dia tadi…
“Jadi…kad yang kat atas meja tadi…”
“Ko nampak?,”serta-merta dia menyoal.
“Jadi betul la Mr. Hacks tu Jeeko? ,”aku menyoal kembali. Mukanya berubah.
“ Dah la! Gi tido balik! ,”katanya tanpa mengendahkan soalanku. Dia bangun dari katilku, lalu terus berjalan pergi,meninggalkan aku disitu. Aku tercengang.
Mataku terus mengekornya pergi. Aku merengus. Mamat ni…. Tak pernah terus-terang! Tension!!! Tapi…aku yakin dia memang orangnya…. Aku tersenyum seorang.

CHAPTER 10

Jam di dinding menunjukkan 8 dan 6. 8.30…. Biasanya setan zargus tu keluar ke dapur pukul 8. Makan. Tapi sekarang tak keluar lagi… Aku mengatur langkah kearah biliknya. Pintu biliknya kutolak. Aik? Tak berkunci…
Bunyi bersin dapat kudengar dari dalam biliknya. Takkanlah demam sampai tak larat bangun kot?
Terkejut aku apabila aku masuk ke dalam biliknya. Dia kini berada di dalam selimut. Dengan muka dan bibir yang pucat…. Pantas aku menyentuh dahi. Panasnya! Kucapai tangan Syafiq Zikrul. Hujung jarinya sejuk…. Memang demam teruk dia ni…
Aku kembali bangun, menuju ke dapur. Kain dan besen kecil berisi air kuambil berserta dengan segelas air suam, beberapa keping roti dan panadol. Dengan kedua-dua belah tangan penuh dengan pelbagai benda, aku masuk kembali ke dalam biliknya. Kain tadi kubasahkan dan kuletakkan di dahinya. Dia membuka mata.
“Anis Karmilla? Apa yang ko buat kat sini? ,”soalnya dengan suara serak-serak basah. Suara dia…. argh!! kalau dia tak tunggu aku tadi dia tak jadi macam ni! Kalau aku cepat sikit tadi, mungkin dia tak seteruk ni….
“Jeeko, sorry…. ,” kataku. dia mengerutkan dahi.
“ Apa yang ko mengarut ni? ,” soalnya.
“ Ye la… kalau Jeeko tak tunggu tadi, tak la sampai jadi macam ni…. ,”
“ Ko jangan mintak maaf pasal benda tu boleh tak? Tak ada benda lain ke? ,”marahnya. Aku terdiam.
“ Sorry… ,” kataku.
“Tengok tu! sorry lagi! Takde topik lain? Boring! ,” dia membuat muka masam. Aku tunduk.
“Dah makan? ,” soalku, mengalih topik. Dia menggeleng.
“Bangun sikit boleh tak? Makan sikit…. Kalau tak, nak makan ubat macam mana? ,” suruhku. Dia menggeleng.
“Tak payah makan ubat…. Aku ok… ,”katanya. Aku lupa yang mamat ni susah sikit kalau bab-bab ubat ni…. Aku memasamkan muka. Dia mengeluh.
“Ye la! Ye la! Sikit-sikit buat muka. Aku bangun la ni! ,” katanya sambil cuba mengangkat badannya. Aku membantunya bangun. Haa…dengar kata pun…
Aku membiarkan dia merebahkan badan di palang katil dengan beralaskan bantal. Roti yang kubawa kuserahkan padanya. Eh,alamak! Lupa bawak air! Pantas mataku memandang ke meja studynya. Ada sebotol air mineral di situ.
“Jeeko, lupa bawak air la…. Air kat atas meja tu ok lagi tak? Boleh ambik? Malas la nak gi dapur balik…. ,”kataku. dia mengangguk. Aku bangun dari katilnya, menuju ke meja.
Air mineral di atas meja kuambil. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Bebera keping kad kuning yang terselit di antara timbunan buku-bukunya. Kad tu…. macam kenal…. Argh!!! lantak la benda tu dulu! Mamat tu tengah sakit la! Tapi…kalau dia pengirim kad tu…. Ish! Apa aku ni?
Aku kembali ke katil Shafiq Zikrul. Roti yang kuberikan sudahpun dimakan, tapi Cuma sekeping.
“ Sekeping je? ,”soalku.
“Takde selera la…. Ha,mana ubatnya? Tadi beriya-iya sangat nak bagi aku makan. Aku
nak sambung tido pulak! Pening…. ,”katanya.
“Sorry…. Nah. ,”kataku sambil menyerahkan panadol yang kubawa kepadanya. Dia menyambut huluranku. Dua biji panadol itu ditelan serentak dengan muka berkerut. Aku ketawa.
“Apasal ko bagi aku makan benda ni? Pahit nak mampos! Macam mana la manusia boleh telan menda alah ni? ,”katanya. Tawaku makin kuat. Aku kembali duduk di sisi katilnya.
“Kalau tak makan macam mana nak sembuh? Degil betul! ,”kataku.
“Suka hati aku la! Ko sibuk apasal? ,”katanya. Dia memuncungkan bibir. Aku memandang kearahnya. Comel!!!
Dia memandang pelik kearahku.
“Kenapa ko tengok aku camtu? ,” soalannya membuatkan aku tersentak.
“ Ark…. Takde paper…. ,” Aku mengambil tuala tadi,lalu meletakkan kembali di dahinya. Tutup malu beb! Kalau dia tau aku perhatikan dia macam mana?
Tapi…. Satu je yang aku musykil. Kad tadi…. kenapa ada pada dia?

CHAPTER 9

Kereta di garaj sempat kuintai sebaik sahaja aku sampai di rumah. Mak Lang ada kerja lagi…. Nampaknya aku kena jaga dia betul-betul la malam ni…
Tuala kuserahkan kepadanya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia mengerutkan dahi.
“Mandi. Takut demam tu melarat…. ,”kataku.
“Ko la mandi dulu! ,”bantahnya. Aku memasamkan muka.
“Pergi je la!! ,”kataku sambil menolak tubuhnya ke bilik air.
“Ye la! Ye la! Aku pergi la ni! ,”akhirnya dia menurut. Pintu bilik air dikunci dari dalam. Aku mengeluh. Harap dia tak apa-apa….
Aku melangkah ke katil. Uniform sekolah yang basah kutukar. Bilik air kupandang. Lamanya… Takkan dah pengsan kot? Ish! Takkan la….
Aku kembali menukar baju. Sejurus selapas itu, kedengaran kunci pintu bilik air dibuka. Pantas aku menoleh. Namun,aku segera mengalihkan pandanganku kea rah lain. Mukaku kurasakan panas.
“Kenapa tak pakai baju? Jeeko tau Milla ada kat sini kan?!? ,”marahku. Syafiq Zikrul yang hanya memakai tuala tidak kupandang. Malu!
“Habis tu, mana aku nak cari baju? Ko tolak aku masuk bilik air dengan uniform basah tu. Takkan aku nak pakai balik kot? ,”soalnya. Kedengaran tawa kecil keluar dari mulutnya.
“Ala…macam la ko tak pernah tengok aku tak berbaju. Dulu ok je? ,”katanya sambil ketawa. Mukaku kurasakan membahang.
“Dah la! Masuk bilik! ,”suruhku. Dia ketawa. Langkahnya diatur menuju ke biliknya.
Aku menjeling ke arah biliknya selepas pintu biliknya ditutup. Sewel! Memang la dulu aku pernah tengok dia tak pakai baju tapi tu zaman bila? Zaman jahilliah dulu ; zaman sekolah rendah! Mana sama ngan sekarang? Sewel!!!!
Aku mencapai tuala milikku. Lantak la kau Jeeko…. Baik aku pergi mandi. Nanti tak pasal-pasal aku pun demam sama!

CHAPTER 8

Hari ni ada kelas tambahan. Aku tak tahu pun! Ish… macam mana aku nak balik? Sekarang dah 3.45 petang…. Bas? Memang sah-sah dah takde…. Teksi? Petang macam ni ada teksi lagi ke? Hujan lebat pulak tu…. Nak suruh Mak Lang datang ambik, telefon aku tak bawak dan nombor telefon Mak Lang aku tak ingat… nombor setan zargus tu? Pun aku tak ingat!
Membulat mataku melihat kelibat seorang manusia di depan pintu pagar, di tengah hujan lebat. Itu macam….
“Yang ko lambat sangat apasal hah? ,”soalan dari lelaki itu memberikan kepastian mengenai adentitinya. Memang dia!
“Kenapa Jeeko ada kat sini? ,”soalku.
“Tunggu ko la! Ko ingat apa? Main guli? Aku Nampak ko ada kelas tambahan tadi, aku tunggu la! Kalau aku tak tunggu, ko nak bali ngan apa? Takkan ada teksi datang hujan-hujan macam ni. Yang ko keluar lambat sangat kenapa? Aku takut ko tak jumpa aku kalau aku duduk kat lain ko tau tak?!? ,”marahnya. Aku melihat keadaan dirinya. Dengan uniform sekolah…dan basah kuyup!
“Sorry Jeeko…. Milla tak tau yang Jeeko nak tunggu jadi…. ,”
“Kalau aku tak tunggu, saper nak datang ambik ko? Nak tido sini? Silakan…. ,” katanya. Dia bersin. Alamak!
Pantas aku menyentuh dahinya dengan belakang tanganku. Dah mula panas!
“Jeeko demam! Biar Milla yang bawak motor… ,”kataku.
“Tak payah nak mengada-ngada! Aku ok la…. Naik! ,”arahnya.
“Tapi… ,”
“Naik!!! ,”dia meninggikan suara. Aku terkedu. Aku terpaksa menurut. Motor itu terus bergerak, tapi bunyi bersin Syafiq Zikrul tetap membimbangkan aku. Dia dah demam….sebab aku! Jeeko…sorry!!!

CHAPTER 7

Sejak dua tiga hari ni, aku asyil teringatkan setan zargus tu je…. Macam-macam peristiwa berlaku dan aku rasa macam…aku makin sukakan dia…. Dah la asyik mimpikan benda yang sama! Dan semalam, sekali lagi aku malu dengan dia…. Masa dalam bas tu la! Tertodur atas bahu dia! Lena pulak tu…. Satu je yang aku pelik dengan dia semalam. Baik sangat! Sampaikan bila dah sampai kat rumah pun, siap bagi pesanan ; tido elok-elok, selimut baik-baik. Aircond tu sejuk…. Macam tu la dia kata. Pelik….
“Hello…. Anis Karmilla kan? ,”suara seorang gadis membuatkan aku segera menoleh. Semua yang aku fikirkan tadi lenyap. Aku mengangguk. Siapa pulak ni? Macam kenal….
Gadis itu tersenyum.
“Nadia, kawan Syafiq Zikrul ,”dia mmperkenalkan diri. Oh…patut la rasa macam pernah tengok…. Perempuan ni sekumpulan dengan setan zargus tu masa discussion….
Gadis itu memandangku. Macam ada benda yang tak kena je? Kenapa?
“Memandangkan awak kawan Syafiq, saya nak cerita pasal diri saya sikit kat awak. Boleh? ,” soalannya membuatkan aku kehairanan namun aku tetap mengangguk. Dia kulihat menarik nafas panjang.
“ Awak tau tak, saya baru je kena reject ngan seorang lelaki…. ,”katanya. Aku bertambah pelik. Ada kena mengena dengan aku ke?
“Dari dulu, saya minat kat lelaki ni. Dia pun layan saya baik sangat. Saya ingatkan,dia boleh la terima saya lebih dari kawan. Jadi, saya cuba la luahkan perasaan saya kat dia masa 13 haribulan hari tu. dia tolak saya bulat-bulat! ,” kulihat matanya mula memerah. Alamak!
“Aaa… ,”aku cuba untuk membuka mulut tapi dia kembali bercerita.
“Dia selalu ceritakan pasal seorang gadis kat saya. Gadis yang dia sayang…. Tapi saya tak pernah tahu yang dia sukakan gadis tu. Dan, akhirnya saya dapat tahu, lepas saya luahkan perasaan saya pada dia. Dia mengaku, yang dia betul-betul sukakan gadis tu. Dia sanggup
habiskan masa dia sebelum hari Valentine tu untuk cari coklat istimewa untuk gadis tu. Tak kira berapa harganya ,”katanya. Aku diam, memberikan dia ruang untuk bercerita.
“Dia memang sukakan gadis tu sangat-sangat! Nampak sangat dalam segala perbuatan dia. Dia selalu perhatikan gadis tu diam-diam sebab dia takut gadis tu tahu yang dia sukakan gadis tu. Katanya, gadis tu bencikan dia…. Jadi, dia tak berani untuk bagitau perasaan dia pada perempuan ni ,” dia terdiam seketika sambil tersenyum pahit.
“ Dah lama saya cuba untuk kumpulkan kekuatan untuk jumpa awak, untuk ceritakan hal ni. Saya tau, kalau saya tak bertindak, sampai bila-bila dia takkan luahkan…. Jadi, walaupun pedih, saya selaku orang yang pernah sukakan lelaki ni dan selaku kawan baik dia sendiri, akan tolong dia untuk sampaikan perasaan dia pada orang yang dia suka… .”katanya sambil menepuk bahuku. Aku mengerutkan dahi. Apa maksud dia?
“Anis Karmilla, Syafiq Zikrul sukakan awak…. ,”kata-kata Nadia membuatkan aku tercengang. HAH??!!??

Sunday, April 5, 2009

CHAPTER 5

Perasaan Maluku tentang hal pagi tadi masih belum reda. Dahla dia Nampak aku tukar baju, aku lambat gi sekolah pulak! Terpaksalah aku tumpang dia…. Ish…. Malu betul!!
Sekarang dah pukul 3.15. kejap lagi dia akan datang ke kelas aku. Aku terpaksa balik dengan dia lagi petang ni sebab aku ada kelas tambahan. Ish! Malu lagi….
Aku tunduk, untuk mengambil buku di dalam mejaku. Eh? Banyaknya coklat…. Oh…lupa hari ni Valentine’s Day…. Coklat ni semua dari secret admirer aku la ni? Ish…takde kerja lain ke diorang ni? Benda ni bukannya adat kita pun…. Eh..jap! coklat?
Pantas aku menjenguk kembali mejaku. Kad rama-rama kuning kucari. Kad aku pagi tadi aku dah letak, tapi tak tau la dia dah balas ke belum….
Ada! Dia dah balas! Tapi…takde coklat…. Satu-satunya kad tanpa coklat. Takpe la! Yang penting, dia dah balas. Ee….sukanya kalau pemilik kad ni ada depan mata aku!!! Dan…. Kalau dia jadi boyfriend aku mesti best kan? Romantik…dan mysterious.
Kad itu kuteliti.


Anis Karmilla
Tiada coklat, gula-gula sebagai pengganti
Harap tak ada yang kecil hati
Hadiah sebenar akan diberi jika kita bersua, nanti.
P/S: Coklat yang baik memang susah dicari! Macam pembaca kad ni….


Aku tersenyum sendirian. Pandai dia berbahasa….
“Oit! Ko ni tak nak balik ke? ,”suara seseorang membuatkan aku tersentak. Nyaris jantung aku gugur! Potong stim betul la mamat ni….

Pantas aku menyembunyikan kad itu. Dia mengangkat kening.
“Apa tu? ,’ saolnya. Aku menggeleng.
“Takde apa…. ,” perasaan gelabahku cuba kusembunyikan. Dia nampak ke? Dia mengerutkan dahi.
“Ko ni macam-macam la! Ikut suka ko la…. Ni, ambik! ,”katanya sambil menyerahkan satu bungkusan coklat kepadaku. Dia bagi aku? Biar betul dia….
“Untuk Milla ke?,”soalku.
“Aku bagi ambik je la! Anggap je la macam tanda mintak maaf aku pasal pagi tadi… ,”kata-katanya membuatkan aku terbayang kembali peristiwa pagi tadi. mukaku serta-merta memerah. Malu!!! Dia memalingkan mukanya kearah lain. Kulihat mukanya turut sama merah.
“Yang ko gi buat macam tu masa aku keluar bilik air kenapa? Kalau tau aku ada dalam tu, pandai-pandai la fikir… ,”katanya. Mukaku tidak dipandang.
“Habis tu…. Dah lewat…. Milla tengah rush masa tu! Dan…Milla lupa Jeeko ada dalam tu. Apasal Jeeko keluar tak bagi signal? ,”balasku.
“Takkan la aku nak keluar bilik air kena jerit kuat-kuat? Gile apa? ,”
“Jerit je la! Kalau tak,macam mana Milla nak tau bila Jeeko nak keluar? ,”kataku. Dia
merengus.
“Kau tu! Jaga-jaga la! Dah la…. Jangan buat lagi. Karang tak pasal-pasal free je aku dapat tengok…. ,”katanya. Mukaku makin merah.
“Jeeko!!!! ,”jeritku. Dia ketawa kecil, tapi aku perasan muka dia pun merah….
“Dah la…. Ambik je coklat tu… Jom balik. ,” ajaknya. Aku mengangguk.
Alamak….malunya!!! Tapi…cara dia ni…. Tak pernah dia buat…. Cara dia…buat aku tertarik. Comel….Ish…aku dah jatuh hati kat setan zargus tu ke? Jangan!!!!!

CHAPTER 6

Hari ni aku terpaksa ke Bandar Kuantan, kena uruskan pasal syarikat papa…. Aku kena serahkan fail syarikat yang papa bagi kat aku sebelum keberangkatan dia ke Jepun hari tu kepada Encik Aiman, peguam syarikat. Pasal pembukaan cawangan syarikat papa kat Pahang….
Tapi…. Disebabkan aku tak biasa dengan kawasan ni, Mak Lang suruh setan zargus tu teman aku! Nak buat macam mana? Terpaksa la aku ajak jugak dia….
Fail tu dahpun aku serahkan pada Encik Aiman. Aku ingatkan nak balik terus tapi setan zargus tu tak bagi. Katanya, alang-alang dah datang sini, takkan nak balik awal? Kalau dia dah tunjukkan semua tempat sekarang, tak payahla aku menyusahkan dia lagi lepas ni!
Puas satu bandar Kuantan dia ajak pusing! 8 jam, jalan tak berhenti! Cuma berhenti untuk makan dan sembahyang je….Macam pemandu pelancong pulak dia hari ni. Baik pulak dia…. Tak merungut….
Kadang-kadang, jalan dengan dia ni macam jalan ngan boyfriend…. Walaupun aku tak pernah ada pengalaman ‘berboyfriend’ tapi…it’s seems like that…. Sebab…dia nampak macam caring sangat hari ni…. Baik…. Aku tak tahu kenapa aku nampak macam tu! Memang la ayat-ayat menyakitkan hati dia tu selalu keluar tapi…. Ntah!
Jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku kini berada di tepi jalan,bersedia untuk melintas untuk ke stesen bas. Mataku kugosok berkali-kali. Mengantuk! Penat pun ada…. Ye la…jalan non-stop!
Setan zargus tu sedang memerhati kereta di jalan, menunggu untuk melintas.
“Jom! ,”kata Syafiq Zikrul. Aku yang sedang mamai, tercengang apabila terasa seseorang menarik tanganku. Namun,kakiku hanya mengikut langkahnya.
Tanganku masih lagi dipegang selepas kami berada di seberang jalan. Mukaku sudahpun merah padam. Dia ni tak sedar ke??
“Jeeko! ,”panggilku. Tiada reaksi. Aku cuba menarik tanganku. Gagal! Kuatnya tangan dia!
“Jeeko, tangan tu!! ,”kataku agak kuat. Dia tersentak. Serta-merta, tanganku dilepaskan.
“So..sorry! Aku tak sengaja! ,”kelam-kabut dia! Aku tertawa kecil. Dia merenungku tajam.
“Ko ketawakan aku? siap la ko karang! ,”ugutnya. Ketawaku makin kuat. Lawak betul muka dia! Tengah malu campur gelabah tapi nak ugut aku? Lawak….
“Oit, jangan la! Ko buat aku malu tau tak?!? ,”marahnya.
“Habis tu, yang tiba-tiba tarik tangan Milla apasal? ,”kataku. Dia menggaru kepala.
“Aku tak sengaja ok? Sorry la! ,”katanya. Aku tersenyum. Muka dia…comel….
“Jom cari bas. Kita dah lewat…. Ada yang kena lecture free dari Mak Lang pulak karang… ,”kataku tanpa menghiraukan kata-katanya.
“Bas kita dah ada…. Kat sana…. ,”katanya. Bagus! Aku dah penat sangat ni. Nak duduk….
Mataku makin memberat apabila kakiku mula melangkah masuk ke dalam bas. Dan, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, mataku sudah tak dapat bertahan. Beratnya berbatu!
“Jeeko, Milla ngantuk sangat…. Nah, ni duit tambang. Sampai nanti tolong kejutkan Milla…. ,”kataku sambil membetulkan posisi aku di kerusi. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, aku terus tertidur….
Tanpa disedari, sewaktu bas itu membelok, posisi gadis bernama Anis Karmilla itu berubah. Dan kini, kepalanya sudahpun beralih tempat ; di atas bahu Syafiq Zikrul!

Wednesday, April 1, 2009

CHAPTER 4

Petang tadi aku tak sempat nak baca kad yang dikirimkan oleh Mr. Hacks tu. Sibuk sangat! Ada latihan ko-Q semalam…. Aku masuk bola tampar. Latihan non-stop sampai pukul 6! Balik rumah, aku kena layan setan zargus tu pulak! Mak Lang takde lagi semalam…. Nak baca malam tu, penat sangat…. Jumpa katil je, aku terus tertidur…. Hmmm…. Agak-agak dia balas taka pa yang aku tulis semalam?
Aku memandang jam di dinding. 6.30…. sempat tak kalau nak baca? Bas pukul 6.45…. mandi pun dah. Cuma nak pakai uniform je. Sempatlah!
Pantas aku menyelongkar beg sekolahku. Kad kecil kuning bercorak rama-rama yang dikepilkan dengan gula-gula Hacks itu kucari. Haaa…ada pun! Kad itu kubaca.

Anis karmilla,
Diri ini dikenali,
Kiasan diberi, seribu erti,
Ada tapi tak dijangka,
Yang penting, dirimu kusuka
.
Dia balas la! Tapi…tetap dalam kiasan. Diri ini dikenali? Aku kenal ke dia? Ada tapi tak dijangka? Apa maksud dia?
Sekeping lagi kertas kuambil


Mr.Hacks
Tolonglah! Saya ni bukannya pelajar sastera…. Saya tak faham ok! Saya faham yang awak sukakan saya tapi…. Siapa awak??!!?
Anis Karmilla



Kertas itu kupandang sekali lagi. Aku akan letakkan kertas ni kat tempat yang sama sebelum aku balik petang nanti!
Aku mengangkat kepala. Terbeliak mataku melihat jam di dinding. Alamak!!!
Pantas aku bangun dari katil, mengemas kembali katilku dan segera membuka baju, untuk memakai uniform sekolahku. Serentak dengan itu, pintu bilik air terbuka. Masing-masing tercengang.
“WARGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!,”

CHAPTER 3

Aku tak pernah sangka yang setan zargus tu memang famous kat sekolah ni. Atlet sekolah, presiden PKBM, pengawas…. Budak kelas sains tulen pulak tu… mana tak ramai peminat? Aktif, bijak, handsome….
Sebut pasal setan zargus tu…. Dah empat hari aku tinggal kat sini, empat hari jugak la aku mimpikan mimpi yang sama…. Mimpi dia duduk kat sisi katil, tolong selimutkan aku, pegang tangan aku…. Kenapa aku mimpikan menda tu semua aku tak tahu. Tapi…sekarang aku ni macam dah jatuh hati dengan setan zargus dari dalam mimpi tu…. Romantik sangat dan dia nampak macam betul-betul sayangkan aku…. Tapi tu bukan reality… Setan zargus tu macam tu? Jauh langit dari bumi! Sampai kucing bertanduk dia tak pasti lagi dia akan jadi macam tu. Tu lah!
Jadi kesimpulannya, AKU TETAP BENCI SETAN ZARGUS TU!!! Mustahil aku akan suka setan zargus yang real….
Aku menjenguk ke dalam meja. Berpuluh keeping kad, surat dan nota kecil berada di dalam mejaku. Haa…. Ni satu lagi masalah! Sejak hari kedua aku ke sekolah ni, macam ni la keadaan meja aku. Cuma…ada satu kad je yang menarik minat aku. Kad kecil berwarna kuning bercorak rama-rama dan dikepilkan dengan sebiji gula-gula Hacks.
Ada sebabnya aku tertarik dengan kad ni…. Pertama; kad corak rama-rama. Aku memang suka rama-rama…. Kedua; kuning. Warna kuning memang warna favourite aku. Ketiga; gula-gula tu. Aku pun takde idea apa motif dia letak gula-gula tu kat situ…
Ini adalah kad kedua yang aku dapat dari orang yang sama. Tanpa nama…. Kad pertama cuma ditulis ‘Salam perkenalan’ dan nama pengirimnya tiada. Kali ni.kad ni datang lagi…
Aku meneliti kad itu. Setiap perkataan yang ada di situ kubaca.

Anis Karmilla,
Dari jauh kuperhati,
Dalam mimpi menghampiri,
Kerna dalam diam, menyukai
.


Kad itu berakhir di situ. Apa ni? Kiasan? Maksudnya? Pelik la lelaki ni…. Siapa dia? Ish…buat aku curious la…. Tapi ayat dia macam dia suka aku…. Argh!!!!! Aku tak faham!! Aku kena buat sesuatu.
Sekeping kertas kecil kuambil dari dalam beg.


To mr. Hacks
Siapa awak ni? Apa maksud awak dengan kiasan yang awak bagi?
Tolong la… saya tak faham!
Anis Karmilla.


Aku tersenyum puas. Harap-harap dia akan balas….
Kertas kecil itu kuletakkan di tempat yang sama dia letakkan kad yang dia berikan pada aku, sebelah kiri penjuru meja. Aku harap dia Nampak la…
Kemudian, aku bangun, keluar dari kelas. Alamak! Kelas dah kosong! Mintak-mintak bas ada lagi!!



CHAPTER 2

Hari ni hari pertama aku kat sekolah ni. Nasib baik betul aku tak sekelas ngan setan zargus tu!! Yes! Dapat la jugak aku lepaskan diri dari dia kejap…
Semalam dah la aku penat, die suruh aku buat macam-macam pulak! Lepas papa call semalam, aku terus tidur. Penat!! Barang aku sendiri pun aku tak sempat kemas!
Satu je yang aku hairan… Dia dah buli aku macam-macam semalam tapi yang peliknya….aku mimpikan dia semalam!! Mimpi ke? Semua tu….macam real… Macam betul-betul berlaku!! Dalam mimpi tu..dia romantik sangat… Dia tolong selimutkan aku..duduk kat sisi katil aku sambil pegang tangan aku, pandang kearah muka aku… Romantik sangat!! Ish! Mustahillah sumer tu betul… Mutahil setan zargus tu macam tu….
“Awak! Awak Anis Karmilla kan? Nak kenal leh tak?? ,”
“Anis Karmilla… awak cantik….Jadi makwe saya? ,”
“Cantik la nama awak…secantik tuannya.. Saya panggil awak sayang boleh??,” Serentak, lelaki-lelaki itu menyerbu aku. Apahal pulak ni?loceng rehat baru je berbunyi, terus serbu aku?? Serabut!!!
“Ehem!! ,” Suara seseorang membuatkan mereka mengangkat kepala serentak. Aku turut sama mencari pemilik suara itu. Macam kenal….
Ketika semua lelaki-lelaki gatal tadi berundur, baru la aku dapat melihat rupa pemilik suara itu. Ceh! Patut la macam kenal… Tapi bagus jugak.. Dia dah selamatkan aku dari mamat-mamat tu!
“Apahal pulak tu?,”soalnya kepadaku. Siapa dia? Saper lagi kalau bukan setan zargus tu..
“Tak ade ape… Diorang just nak menggatal je.. Thanks sebab dating… Sekurang-kurangnya dapat gak Milla larikan diri dari diorang…. ,”kataku. Eh..jap.. Thanks?? Ark! Alamak!
Dia tersenyum sinis.
“Thanks je? Aku bukan kuli kau ok!! ,”katanya. Sinis sekali. Alamak…Memang sah-sah dia akan mintak aku buat macam-macam lepas ni sebagai balasan. Memang ayat tu dah macam taboo bagi aku. Kalau aku sebut, nahas la aku…
“Oit Anis Karmilla, ko ingat saje-saje je aku datang sini nak tengok muka buruk ko tu? Tak payah nak perasan la…Aku dating sini Cuma nak bagitau… petang ni bas takde.. Nak balik, balik ngan aku. Lain la kalau ko nak suruh mamat-mamat ‘handsome’ tadi hantar ko balik… Tapi..,” kata-katanya terhenti dengan datangnya dua orang gadis.
Syafiq, ni ada hadiah untuk awak..Khas untuk awak… ,” Apa pulak kali ni?
Setan zargus tu memberikan senyuman manis. Handsome!! Ish… mengarut! Hmm…memang la sekali pandang nampak manis senyuman tu tapi bagi aku..senyuman tu Nampak macam plastik. Dibuat-buat! Argh…lantak dia la….
Sebaik sahaja mereka beredar, aku menyoalnya.
“Tapi apa?,” Setan zargus itu menjeling tajam.
“Ko ni tak boleh tengok aku bahagia sikit ke? Kacau daun betul! ,” marahnya. Aku memandang gadis tadi, yang sudah mula beredar.
“Girlfriend ke? ,”soalku. Dia menoleh pantas ke arahku.
“Girlfriend? Sorryla…Muka macam tu nak jadi girlfriend aku? Jauh panggang dari api! Tolong skit!! ,”katanya.
“Pastu? Saper diorang? ,” aku menyoal, hairan.
“Peminat. Biasa la… Aku kan digilai ramai? Dah la… Pasal tadi. ko nak balik ngan aku boleh tapi ko kena tunggu aku la. Aku ada discussion. Habis 3.30 ,” katanya. Aku terlopong.
“3.30?? pastu Milla nak duk mana? Kelas Milla habis pukul 2… ,”
“Itu ko punya pasal la! ,” Aku mengerutkan dahi.
“Kalau Milla kena kacau lagi dek mamat-mamat tu, macam mana? Sekarang kat kelas,ramai orang. Takde la bahaya sangat. Tapi karang? Kalau jadi apa-apa kat Milla, Jeeko nak tanggung ke? ,” soalku.
“Jangan panggil aku dengan nama tu kat sini! ,” marahnya.
“Okey la.. kalau jadi apa-apa kat Milla, Syafiq nak tanggung? ,” sekali lagi aku mengulang soalan yang sama, tapi menggunakan nama yang berlainan. Apa la dia ni… Aku cakap punya la sopan, nak marah jugak? Hmm…maybe dia malu aku panggil dia macam tu kat sini. Hilang la macho dia tu! Tapi… Aku pun tak tau kenapa aku berbahasa macam tu dengan dia… Jeeko dan Milla… Mungkin sebab aku dah biasakan diri dengan nama tu sejak kecil… Memang aku tak pernah panggil dia dengan nama lain pun…kecuali masa aku cakap sorang-sorang la…hehe…
Setan zargus itu menggaru kepala.
“Ko ni selalu je menyusahkan aku! Ish!! Agrh! Gini la.. ko duduk je dalam kelas aku tunggu aku habis. Takde orang nak kacau ko. Puas hati? Macam budak kecik! Penakut! ,” sindirnya. Aku memasamkan muka.
“Bukan penakut, tapi takut nanti Mak Lang tanya, ada orang tak tahu nak jawap…. ,”aku menggumam sendirian.
“Apa dia? ,”soalnya. Fuh! Nasib baik dia tak dengar…
“Takde ape… Thanks Jeeko…,”kataku.
“Thanks? Ko ingat aku akan tolong ko senang-senang? Dan satu lagi ; kalau ko panggil lagi aku dengan nama tu kat sini aku bunuh ko! Dah dah! Aku nak masuk kelas. Babai! ,” katanya sambil berlalu pergi. Aku ketawa kecil. Sewel la dia ni…..
Setan zargus… Tapi sesetan-setan dia pun, dia masih ada perikemanusiaan. Tu yang buat aku hilang benci sikit kat dia kadang-kadang….

CHAPTER 1

“Cik,cik dah sampai,”kata pemandu teksi itu. Aku memasamkan muka. Dengan hati yang tak berapa rela, aku keluar dari dalam teksi. Pintu teksi kuhempas. Pemandu teksi itu yang sedang mengeluarkan beg-begku dari dalam teksi terkejut dengan tingkahku. Arghh!!!!!!!!!!!! Lantak kau la!! Saper suruh kau bawak aku kat sini?? Aku benci datang sini tau tak?!?? Benci!!!!!!
Aku kini berada di rumah Mak Lang aku kat Pahang. Suasana sini memang nyaman..aman..sejuk..jauh dari kesibukan kota yang aku hadapi tiap-tiap hari…Memang la best…Cuma satu je yang buat aku lari daripada datang sini. Semuanya sebab…
“Milla!! Dah sampai pun kamu…. Pukul berapa bertolak tadi? Lambat benor sampainya...,”sapaan Mak Lang membuat lamunan aku terhenti. Pantas aku menyalami tangannya. Senyuman kuhulurkan. Berbahasa…
“Pukul satu lebih….tunggu papa,mama ngan Along bertolak dulu.. Flight diorang delay tadi… Sepatutnya pukul 12…. Tu yang lambat tu….,” kataku. Mak Lang mengangguk,faham.
“Takpe lah Milla…yang penting kamu dah sampai.. Dah la… Mari masuk..dah nak malam… Jeeko!!!! Meh tolong Milla angkat beg!!,” Mak lang menjerit,memanggil anaknya. Sejurus selepas itu,seorang lelaki muda keluar. Muka aku serta-merta berubah. Nilah sebabnya! Nilah sebab aku tak nak balik ke sini. Syafiq Zikrul a.k.a setan zargus, merangkap raja dalam rumah ni kalau mak dia takde. Kalau time mak dia kat depan mata,punya la baik..sopan… Tapi kalau mak dia takde, rumah ni memang neraka bagi aku! Aku akan jadi hamba abdi dia! Segala kerja aku kena buat termasuk la buat air untuk dia, kemas bilik dia, sampaikan homework dia pun aku kena buat… sebab tu la aku harap sangat MakLang ada malam ni.. aku tengah penat gile..takkan kena layan setan zargus tu pulak…
“Ha..Milla.. masuk la rehat. Guna bilik sebelah bilik Jeeko,” kata Mak Lang sambil membawa aku masuk. Ha?!?? Bilik tu lagi??? Sebab bilik tu la senang-senang je setan zargus tu masuk bilik aku!! Bilik tu sebenarnya bergabung… Cuma dipisahkan dengan dinding kayu dan satu pintu. Pintu tu Cuma boleh dibuka dari bilik dia sebab .. tandas duk kat bilik aku dan tu untuk memudahkan dia ke tandas. Mak Lang kata ; takut aku malu nak masuk bilik setan tu malam-malam sebab nak gi tandas. Ada ke macam tu?? Lagi senang setan tu nak ceroboh bilik aku ade la!! Ish!!!.....Harap-harap Mak Lang selalu la ada sepanjang aku duk sini…. Tak la dia mengganas sangat… Terutama malam ni!! Tapi…sampai habis SPM.. Lama jugak tu!!
“Oh ya! Mak Lang kena keluar malam ni..ade kerja kat hospital.. makanan dah pun Mak Lang sediakan kat dapur..makan la…,”kata-kata MakLang buat aku terkedu. Mati la aku malam ni… Aku memandang kearah setan zargus tu.. Satu senyuman sinis dilemparkan daripadanya. Aku menelan liur. Mampos!!!!!!!!