Thursday, April 28, 2011

current artist ranking-ENTRY PANJANG...lalalala~~~

ni bukan citer atau ape2
saje je..bosan skit malam ni so nk cterkan pasal ranking artist dalam playlist ak skang ni je.
+ , chapter baru malas lg nk taip+pos.
WARNING!ENTRY KALI NI SANGAT PANJANG!!!

ok.ranking~~rangking~~~
Number ICHI!
as expected!this one will surely the 1st.
1) YUI
ni gambar masa single-AGAIN (soundtrack fullmetal alchemist brotherhood)

ni dlm school of locks! (masa ni YUI baru jugak la potong rambut...)dlm bulan 1 kot gamba ni kalau xsilap

gamba ni dalam bulan 4.cepat giler rambut dia panjang!
(tapi ak rasa ak xpatut terkejut kot sbb rambut ak pon sama.)
ok.untuk sape2 yg xkenal YUI...

combination lagu2 YUI...(harap xkena delete ngan sony la...xtau sebab ape lagu YUI ni susah nk cari kt U-tube sbb sony xbg official vid YUI posted kt U-tube.ak pon xtau kenapa.artis lain boleh je...)


haha thats all pasal YUI...next!
Number NI!
2)Avril!
semua org kenal avril kn?

goodbye lullaby cover:
album baru dia goodbye lullaby ak suka...
dan lgu paling hit dari album tu xlain xbukan What The Hell.
tp ak xkan post dia punya PV kt sini sbb sexy... :P (bajet baik la ni...)
ak pos lgu lain k?still dalam album goodbye lullaby gak.
alice


Number SAN!
3)morning musume
memang dah lama ak minat momusu.tp sampai generation ke-7 (kalau xsilap).generation kusumi koharu...
morning musume 1st generation.nattchi,kaorin,kei-chan,yaguchi,gomaki still ada lg...tp masa ni nakazawa yuko dah xde.

masa ni mitsui aika baru masuk klo xsilap.ni gamba untuk kanashimi twilight PV.
leader masa ni yossie (yoshizawa hitomi)-baju hitam,paling tinggi tu...

member yg paling ak suka dlm momusu ni yossie la...
tp lepas dia grad dari momusu dan join HANGRY&ANGRY, ak da xsuka sangat.
image punk-rock-gothic dia bukan taste ak...
here,HANGRY&ANGRY
the one in pink is yossie...i wont post the vid of HANGRY&ANGRY coz i dont like it much.
gomenne yossie!
i still prefer this yossie...
cute-boyish yossie...


ok here's the vid.kanashimi twilight.enjoy~~~


dan ak tgh suka lagu ni skang...
nanchatte renai

sgt sedih bila tau kamei eri dah graduate dari momusu sbb sakit... (T^T)

YON!
4)Younha
Go Younha (Yoon-Ha) ni ak rasa sangat berbakat.sbb majoriti artist skrang kebanyakannya main gitar sambil menyanyi tp Younha main piano sambil menyanyi!dan dia antara artist perempuan yg boleh nyanyi dlm jepun dan korea (kalau band laki ak tau la ramai-TVXQ,FT Island,...)
here's the vid Younha-touch (yg ni japan version.PV korean xjumpa)


and here's korean Younha-Time to rock


GO! (ak janji yg ni yang last!)
5)TVXQ!!! (a.k.a DBSK/DBSG)
ok la...asyik pompuan je..laki la pulak.
kyahhhhh!!!!
i love changmin!!!!
cute!smart!handsome!tall!kyahh!!!! (xbetul kejap :P)
so.enjoy purple line!!!


ok.as i promised.thats all!!!

tu je untuk hari ni...sampai jumpa lagi!!!eh.tido2! dah 4:30 pagi la...

babai!



oh lupe.credits goes to all pics owner.and thanz to mr.google for all the image and youtube for all the vid.and thanz for the readers(or is it just me?lol XD )

new story-ongoing-untitled-chapter 8

Tiba-tiba tubuhku terasa digoncang seseorang.
“ Cik, bangun cik ,” satu suara halus kedengaran ditelingaku. Ah,mimpi rupanya... Tak mungkin la kejadian 13 tahun lepas terjadi lagi sekali...
Aku membuka mata. Aku kat mana ni? Kabur je...
Aku meraba mataku. Alamak! Cermin mata!
” Syukur la cik dah sedar. Cik meracau tadi ,” seorang gadis duduk di sisi katil. Dia menyerahkan cermin mataku padaku. Pantas aku memakainya. Alamak... Pasti dia perasan aku siapa!
”Saya kat mana ni? Kenapa saya kat sini? ,” soalku.
”Selamat datang ke Villa RAS. Saya Anis, jururawat keluarga ni. Tuan muda Hardy yang bawak cik pulang tadi. Katanya dia jumpa cik pengsan kat kolej tadi,”katanya. Hardy? Dex ke? Dia yang bawak aku ke sini rupanya..
”Luka cik tak teruk sangat. Tapi bibir cik pecah, tubuh cik calar-balar dan lebam agak banyak... Dan nampak macam neurosteel kat tangan kanan tu macam ada masalah sikit ,” kata jururawat itu. Aku tersentak.
”Maksud cik Anis, cik dah... ,”
” Ya, saya dah bukak handcover tu. Tapi jangan bimbang, saya tanggalkan masa tuan Hardy takde… Cermin mata tu pun… Sebab saya rasa cik macam nak rahsiakan pasal tu. Lagi satu, panggil kak Anis je,”katanya. Aku mengeluh lega.
”Pasal tangan tu saya dah tau... Memang patut pun buat hal sebab ni dah masuk bulan ke tujuh… ,”kataku.
“Kenapa tak re-check? Bahaya,kan? ,”soalnya. Aku mengangguk.
”Memang tapi saya tak sempat.... ,”kataku. Aku mengeluh. Yup. Memang aku tak sempat... Kebelakangan ni aku sangat-sangat sibuk. Aku tak tahu la bila aku free... Jadual aku sangat padat sekarang ni...
” Jadi artis ni buzy sangat ke? ,”soalannya membuatkan aku mengangkat muka. Aku tersenyum hambar. Dah agak yang dia perasan....
” Sebagai artis yang baru naik, jadual saya sangat padat... Saya tak sempat nak ke bengkel neuro pun. Dengan study lagi...Tapi please jangan cakap kat Dex pasal siapa saya... ,”kataku perlahan. Aku tunduk.
”Cik Ally..,”
”Dyana. Panggil saya Dyana. Ally Yuriko Cuma stage name saya je... ,”pintasku. Dia mengerutkan dahi.
“Dyana? Saya ingatkan nama sebenar Ally Yuriko ialah Yuriko Kido… ,”katanya. Aku menggeleng.
“ Yuriko Kido cuma nama kedua saya. Saya Aleeya Dyana binti Shai Azri. Itu yang tertulis kat IC saya... ,”kataku. Dia mengangguk..
”Jangan bimbang, saya takkan bagitau Tuan Hardy pasal ni. Hmm… hari dah nak malam. Baik Dyana tunggu Tuan Hardy balik. Boleh suruh dia hantarkan… ,”katanya. Ha? Dah nak malam? Habis la…
Pantas aku mencapai beg milikku. Aku dah lambat!
”Maaf tapi saya kena balik dulu. Cakap kat Dex terima kasih banyak-banyak dan terima kasih untuk malam ni... Sebab ubatkan saya,”kataku. Aku melangkah keluar. Ark, alamak!
”Boleh temankan saya keluar tak? Saya tak tau jalan... ,”kataku sambil menggaru kepala. Dia ketawa dan kemudiannya mengangguk.

Friday, April 22, 2011

new story-ongoing-untitled-chapter 7

Aku baru sahaja dihalau oleh bapa saudaraku setelah dua bulan lebih aku tinggal dengannya. Aku diletakkan bawah jagaan dia disebabkan dialah satu-satunya adik umi yang ada. Keluarga abah pulak ak tak pernah tahu perihalnya. Arwah abah pernah cerita yang dia dah dibuang keluarga sejak berkahwin ngan umi dulu. Tapi sekarang aku dah takde tempat tinggal. Kematian abah dan umi dua bulan lalu memang merupakan tamparan hebat buat aku. Berusia 5 tahun, tapi terpaksa hidup di bumi jepun ini seorang diri. Mana aku patut pergi???
Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
“ Ah, gomennasai! ,”kataku spontan lalu tunduk,memohon maaf.
Mataku membulat apabila kulihat wajah lelaki yang aku langgar tadi. Samseng! Dia kemudian merenungku, bercakap dalam bahasa Jepun yang aku kurang faham. Yang aku faham Cuma ayat ’okanee’ yang bermaksud duit. Mereka nak duit? Aku takde!!!
”Gomennasai! Gomennasai! ,” aku terus meminta maaf. Mukanya makin bengis. Rakannya merentap beg dari tanganku, mengeluarkan semua barang di dalamnya. Dia menggeleng. Tiba-tiba, frame gambar abah dan umi jatuh. Kacanya berderai. Aku tergamam. Pantas aku menerpa ke arah mereka, memukul sekuat hatiku apabila melihat mereka menjatuhkan gambar umi dan abah. Mereka yang sudah mula beredar itu kembali berang. Aku dipukul. Gambar tadi dipijak- pijak mereka. Aku terus dipukul sehingga aku tak larat menahan kesakitan lagi. Aku cuba lari, melarikan diri dari mereka. Dan tiba-tiba...
”PONNNNNNN!!!!!!!!!,”

Friday, April 15, 2011

ok.
entry kali ni bukan sambungan cter ke ape ke cuma utk bagi sikit penjelasan mengenai citer2 yg ada kt blog ni kalau korong xtaw yg mana nk baca.

1stly- H.A.C.K.S
citer ni pasal sorg gadis-Anis Karmilla yg terpaksa tinggal umah makcik dia sbb family dia ada urusan perniagaan kt mana ntah.
citer ni bermula bila Anis Karmilla mula blaja kt skolah baru(kt tempat makcik dia tu la) n start dapat admire letter dari budak2 laki (biasa la,budak bandar+lawa kan :P )
satu kad kuning bercorak rama2 yg xtaw sape pemiliknya buat dia confused dan tertarik ngan pemilik kad tu.tapi sape?? o.O?
---status:completed-novel pendek 10 ke 11 chapter ntah ak lupe. (a.k.a malas nk check balik XD )

2- A Story of She
citer 1st yang ak buat dalam english.
pasal sorg gadis yg tinggal ngan mak dia n sangat2 bencikan lelaki sbb apa yg ayah dia pernah buat kt mak dia. tp eventually,dia paham kenapa mak dia tetap sayangkn ayah dia walaupun ayah dia buat macam tu.
---status:ongoing. -sorry...xtaw la bila lg ak boleh update citer ni tp ak try k? :)

3-entah ape-ape
kat situ aku tulis je ape2 yang ak nk tulis.so layan je...
klo ada cter baru,ak akan try update lg summary ni