Tuesday, April 7, 2009

CHAPTER 12

Pagi-pagi lagi, aku dah dapat panggilan daripada papa dari Jepun. Wish birthday aku…. hari ni 29 februari, birthday aku yang ke-17. Tapi tak dapat nak cakap lama-lama sebab aku nak ke sekolah pulak….
Hari ni, setan zargus tu dah pun ke sekolah. Demam semalam dah kebah. Cuma selesema je la sikit-sikit…. Aku pun sama. Dah tak pening tapi selesema. Tapi tak seteruk dia la…
Kat sekolah tadi,seperti yang aku jangkakan, meja aku dipenuhi dengan kad-kad dan bungkusan hadiah pelbagai bentuk yang datangnya dari…aku pun tak tahu siapa empunya semua ni…. Tapi stu je yang buat aku kecewa ; takde lagi kad kuning bercorak rama-rama. Takkan la dia tak tau hari ni birthday aku? atau…sengaja buat tak tau?
Sekarang dah pukul 11 malam. 29 haribulan dah nak habis…. Apa la dia ni…. Semalam kata suka kat aku tapi wish birthday aku pun tak…. Argh!!! Dah la! Baik aku tido daripada tunggu benda yang tak mungkin jadi.
Aku merebahkan badan ke katil. Selimut kutarik dan mata kupejam. Lama. Argh!!!! kenapa aku tak dapat nak tido?!?!
Selimutku kutolak ke hujung katil. Jam di dinding kupandang. 11.45…. lagi 15 minit, harijadi aku akan berlalu…
Bunyi pintu ditolak membuatkan aku segera menutup mata. Pura-pura tidur! Mamat tu nak ke tandas kot? Biarkan la dia….
“ Ish…. Tido tak pernah nak selimut. Apa la dia ni… ,” kudengar dia mengomel seorang. Terasa seseorang menarik selimutku, meletakkannya kembali di tubuhku, dan kemudiannya mengusap kepalaku. Aku memejam mata, mendiamkan diri. Mukaku kurasakan merah padam. Dia ni….
“Sorry pasal semalam…. Aku tak tau macam mana nak bagitau ko yang aku tulis kad tu. kang kalau aku bagitau, ko kata aku mat jiwang pulak…. ,”katanya. Kepalaku masih diusap. Aku memasang telinga. Dia mengeluh.
“ Hari ni pun aku nak mintak maaf jugak…. Hari ni ko punyer birthday kan? Aku tak berani nak wish awal-awal sebab takut boyfriend ko marah…. Jadi, baik aku jadi orang yang paling last…. ,”katanya. Mamat ni…. Macam tu rupanya…. Mr. Shafiq Zikrul, saya takde boyfriend la….
“ Aku ada something untuk ko ,”katanya. Something? Apa dia?
Nasib baik aku dapat mengawal diri aku dari menjerit apabila dia tiba-tiba sahaja mengangkat kepalaku. Dia nak buat apa?
Terasa sesuatu diletakkan dileherku, kemudian kepalaku diletakkan kembali di atas bantal. Tapak tanganku dicapainya dan sesuatu…yang kurasakan macam sekeping surat diletakkan disitu.
“Itu je yang mampu aku bagi. Aku harap ko suka…. ,” terasa dia mengusap kepalaku sekali lagi dan kemudiannya bangun dari katilku,berjalan menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dan kedengaran bunyi pintu dikunci. Aku membuka mata yang dipejam sejak tadi. Aku bangun.
Semua yang berlaku tadi…mimpi ke? Jap! Hadiah tu! Aku meraba leher tu.
Terasa sesuatu berada dileherku. Aku memandang. Rantai! Rantai perak dengan buah rantai berbentuk rama-rama kecil. Ni…rantai yang aku minat tu! aku Nampak masa aku keluar k eke Kuantan dengan dia hari tu…. Aku just bagitau yang aku minat je…. Tak sangka dia belikan untuk aku betul-betul! Mahal jugak benda ni…. Kalau tak silap aku, dekat RM100 ade…
Aku memandang kea rah tanganku. Surat yang dilaetakkan di situ tadi kubuka, dan kubaca.

“Anis Karmilla,
Oit! Happy Birthday yang ke-4. Orang lain dah 17, ko baru 4 tahu. Tu la…. Sapa suruh ko lahir 29 februari??”
Aku tertawa dengan isi suratnya. Sewel la dia ni…. Surat itu kubaca kembali.

“ Sorry la…lambat wish birthday ko. Ye la…takut ‘cik abang ‘ ko marah lak kalo aku jadi orang first wish kat ko…. Nampak cam over la pulak kan?
Hal semalam…. Sorry la…tak tau nak gitau ko camne…. Tak tau nak gitau hal sebenar, Anis Karmilla….
Gini la…. Sebenarnya dah lama aku suka kat ko…. Sejak kecik lagi. Tapi aku takut ko tak suka cara aku layan ko. Jadi, aku diamkan perasaan aku. tapi, bila ko dah datang sini, sekolah akat sini, dan ramai lelaki cuba kacau ko, aku rasa tercabar dan aku rasa macam tak nak bagi ko jatuh kat orang lain. Sebab tu, aku hantar kad tu....
Jadi, kat sini aku nak aku dengan sepenuh dan setulus hati aku, mengatakan yang aku sukakan ko, Anis Karmilla…. Dan aku harap sangat-sangat yang ko jadi hak milik aku sorang. Tapi…tu sume mustahil kan? Orang yang ramai peminat macam ko mesti dah berpunyer…
Rantai tu. aku Nampak ko suka sangat hari tu…. jadi, aku hadiahkan untuk ko. Tu je yang aku terfikir nak bagi kat orang gila rama-rama macam ko… Harap ko terima seadanya.

Tu je yang aku nak katakan. Last skali, aku ucapkan terima kasih coz ko sanggup layan kerenah aku selama ni…. Selamat hari jadi….
P/S: kad tu…. aku selalu bagi gula-gula hacks…. Mesti ko pelik kenapa aku letak kan?
Hacks stands for:
H.A.C.K.S
Hanya. Aku. Cinta. Ko. Sorang

Surat itu berakhir di situ. Kurasakan mukaku merah padam apabila kubaca suratnya. Malu, tapi aku rasa macam happy sangat! Happy sebab hadiah tu dan…happy sebab aku rasa berbaloi sukakan dia…. Dan aku dapat tau yang selama ni, aku tak bertepuk sebelah tangan…. Memang la dulu aku sukakan Syafiq Zikrul yang romantik, baik,caring…yang kononnya cuma wujud dalam mimpi aku…. tapi sekarang, aku tau yang Syafiq Zikrul yang aku suka tu wujud dalam reality dan sedia untuk balas perasaan aku pada dia….
Aku mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas meja. Mesej kutaip.

Thanz 4 d present. Luv it! thanz Jeeko….
Pasal birthday tu…. milla x pernah kisah kalau Jeeko jd org 1st dan mmg itu yg milla hrpkn. Anyway…thanz and…
.
.
.
Luv u too


Aku mengumpul segala seberanianku untuk menghantar mesej itu. Macam…tak sanggup je! Malu….
Dan akhirnya..
Message sent” ayat itu tertera di skrin telefonku. Dah hantar! Aku menelan liur. Apa reaksi dia?
Sejurus selepas itu, telifon bimbitku berbunyi. Alamak! Dia call!
“Hello…. ,”aku bersuara,perlahan. Takut!
“Betul ke? ,”soalnya serta-merta.
“Betul apa? ,”aku menyoal bodoh. Pura-pura tak tahu pulak…
“Betul ke apa yang ko tulis kat dalam mesej tu? ,”soalnya lagi.
“Tulis apa? ,”
“Yang… ko cakap ko suka aku jugak… ,”katanya perlahan.
“Hah? Apa dia ? tak dengar sangat la… ,”kataku. sengaja buat dia gelabah, padahalnya, muka aku dah macam bara api sekarang ni. Malu!
“Ala…. Jangan la main-main! ,”katanya. Aku tertawa kecil.
“Sebelum tu, Milla nak tanya; apa nama penuh Jeeko? Tak ingat la…. ,”kataku.
“Kenapa? ,”soalnya hairan.
“ Jawab je la… ,”paksaku.
“Syafiq Zikrul bin Mohaizi ,” jawabnya.
“Ooo… Tadi Jeeko tanya Milla apa? Ulang lagi sekali. Tak jelas sangat la… ,”suruhku. Dia diam seketika.
“ Betul ke ko suka aku? ,”soalnya.
“Apa? ,” dia merengus di hujung talian.
“Ok! Ok! Betul ke… Milla… Suka… Jeeko?!?!? ,”dia menyoal kuat. Bingit telinga aku!
“ Tak ,”jawapku sepatah. Talian tiba-tiba hening. Aku tertawa kecil. Dengan muka merah padam, aku menyambung ayatku.
“Tapi Milla sukakan Syafiq Zikrul bin Mohaizi ,”kataku. talian segera kuputuskan. Malu! Telefon bimbitku berbunyi lagi. Dia call lagi! Aku menekan butang merah, cancel. Dan akhirnya satu teks mesej sampai kepadaku.


Thanz Milla……..

Aku tersenyum sendirian bilik yang berada di sebelahku itu kupandang. Bilik se…. Tak! Aku dah taknak panggil dia setan zargus lagi. Sekarang dia Syafiq Zikrul, orang yang penting dalam hidup aku….

No comments:

Post a Comment