Selepas setan zargus tu tertidur, aku masuk ke bilik. Aku pun ngantuk gak!!! Hidung aku pun macam dah tak selesa je tadi. Kepala pun dah mula pening…. So, aku buat keputusan untuk tinggalkan je dia kat situ dan aku masuk bilik aku. Mulanya aku ingat nak teman dia sampai ke pagi tapi aku sendiri pun dah tak larat….
Sedang lena aku tidur, aku merasakan sesuatu menyentuh tanganku.sesuatu yang cukup sejuk. Apa benda pulak ni?.... perlahan-lahan, aku membuka mata. Serta-merta aku bangun apabila aku melihat apa yang ada di depan mataku. Lelaki itu turut sama terkejut.
“Apa yang Jeeko buat kat sini?!?,” soalku,agak kasar.apa yang dia buat? Jangan kata yang dia cuba ambik kesempatan sudah!
Kulihat dia menggaru kepala, serba-salah.
“Takde apa-apa la! Aku gi toilet, pastu aku Nampak ko tido tak berselimut…aku tolong la selimutkan! ,” katanya. Aku tersentak. Tolong selimutkan? Aku memandang kearah tangannya. Masih lagi memegang tanganku. Semua ni…macam mimpi aku sebelum ni! Mimpi? Betul ke? Atau….
“Jeeko…pernah buat macam ni ke sebulum ni? ,”soalku. Mukaku kurasakan sudah mula memerah.
“Macam ni macam mana? ,” dia berdalih.
“ Tolong selimutkan Milla dan… ,” aku mengangkat tanganku yang masih dipegangnya, “Ni ,” kataku. matanya terbeliak. Pantas dia melepaskan tanganku. Dia diam.
“Jeeko!!! ,” aku meninggikan nada suaraku. Dia menggaru kepala lagi, dan kemudiannya mengangguk. Mukaku merah padam.
“Kenapa? ,”soalku.
“Ko selalu tido tak selimut, aku on the way balik bilik, aku tolong la selimutkan! Salah ke? ,”katanya.
“Tak kisah la menda tu! tapi… kenapa… kenapa pegang tangan Milla? ,”soalku. Dia diam.
“Jujur, Jeeko! Kenapa? Milla just nak tau. Tu je… ,”kataku.
“Aku sukakan kau, puas hati?!? ,”jawabnya akhirnya. Aku tergamam. Serta-merta aku teringatkan apa yang berlaku sejak aku datang ke sini. Mula-mula, cara dia layan aku…. dah tak sejahat dulu. Lepas tu, masa aku keluar bandar hari tu…. Apa yang Nadia bagitau aku pasal dia…. Dan satu lagi, kad yang selalu Mr. Hacks tu bagi…ada atas meja dia tadi…
“Jadi…kad yang kat atas meja tadi…”
“Ko nampak?,”serta-merta dia menyoal.
“Jadi betul la Mr. Hacks tu Jeeko? ,”aku menyoal kembali. Mukanya berubah.
“ Dah la! Gi tido balik! ,”katanya tanpa mengendahkan soalanku. Dia bangun dari katilku, lalu terus berjalan pergi,meninggalkan aku disitu. Aku tercengang.
Mataku terus mengekornya pergi. Aku merengus. Mamat ni…. Tak pernah terus-terang! Tension!!! Tapi…aku yakin dia memang orangnya…. Aku tersenyum seorang.
No comments:
Post a Comment