Wednesday, April 1, 2009

CHAPTER 1

“Cik,cik dah sampai,”kata pemandu teksi itu. Aku memasamkan muka. Dengan hati yang tak berapa rela, aku keluar dari dalam teksi. Pintu teksi kuhempas. Pemandu teksi itu yang sedang mengeluarkan beg-begku dari dalam teksi terkejut dengan tingkahku. Arghh!!!!!!!!!!!! Lantak kau la!! Saper suruh kau bawak aku kat sini?? Aku benci datang sini tau tak?!?? Benci!!!!!!
Aku kini berada di rumah Mak Lang aku kat Pahang. Suasana sini memang nyaman..aman..sejuk..jauh dari kesibukan kota yang aku hadapi tiap-tiap hari…Memang la best…Cuma satu je yang buat aku lari daripada datang sini. Semuanya sebab…
“Milla!! Dah sampai pun kamu…. Pukul berapa bertolak tadi? Lambat benor sampainya...,”sapaan Mak Lang membuat lamunan aku terhenti. Pantas aku menyalami tangannya. Senyuman kuhulurkan. Berbahasa…
“Pukul satu lebih….tunggu papa,mama ngan Along bertolak dulu.. Flight diorang delay tadi… Sepatutnya pukul 12…. Tu yang lambat tu….,” kataku. Mak Lang mengangguk,faham.
“Takpe lah Milla…yang penting kamu dah sampai.. Dah la… Mari masuk..dah nak malam… Jeeko!!!! Meh tolong Milla angkat beg!!,” Mak lang menjerit,memanggil anaknya. Sejurus selepas itu,seorang lelaki muda keluar. Muka aku serta-merta berubah. Nilah sebabnya! Nilah sebab aku tak nak balik ke sini. Syafiq Zikrul a.k.a setan zargus, merangkap raja dalam rumah ni kalau mak dia takde. Kalau time mak dia kat depan mata,punya la baik..sopan… Tapi kalau mak dia takde, rumah ni memang neraka bagi aku! Aku akan jadi hamba abdi dia! Segala kerja aku kena buat termasuk la buat air untuk dia, kemas bilik dia, sampaikan homework dia pun aku kena buat… sebab tu la aku harap sangat MakLang ada malam ni.. aku tengah penat gile..takkan kena layan setan zargus tu pulak…
“Ha..Milla.. masuk la rehat. Guna bilik sebelah bilik Jeeko,” kata Mak Lang sambil membawa aku masuk. Ha?!?? Bilik tu lagi??? Sebab bilik tu la senang-senang je setan zargus tu masuk bilik aku!! Bilik tu sebenarnya bergabung… Cuma dipisahkan dengan dinding kayu dan satu pintu. Pintu tu Cuma boleh dibuka dari bilik dia sebab .. tandas duk kat bilik aku dan tu untuk memudahkan dia ke tandas. Mak Lang kata ; takut aku malu nak masuk bilik setan tu malam-malam sebab nak gi tandas. Ada ke macam tu?? Lagi senang setan tu nak ceroboh bilik aku ade la!! Ish!!!.....Harap-harap Mak Lang selalu la ada sepanjang aku duk sini…. Tak la dia mengganas sangat… Terutama malam ni!! Tapi…sampai habis SPM.. Lama jugak tu!!
“Oh ya! Mak Lang kena keluar malam ni..ade kerja kat hospital.. makanan dah pun Mak Lang sediakan kat dapur..makan la…,”kata-kata MakLang buat aku terkedu. Mati la aku malam ni… Aku memandang kearah setan zargus tu.. Satu senyuman sinis dilemparkan daripadanya. Aku menelan liur. Mampos!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment