Sunday, April 5, 2009

CHAPTER 6

Hari ni aku terpaksa ke Bandar Kuantan, kena uruskan pasal syarikat papa…. Aku kena serahkan fail syarikat yang papa bagi kat aku sebelum keberangkatan dia ke Jepun hari tu kepada Encik Aiman, peguam syarikat. Pasal pembukaan cawangan syarikat papa kat Pahang….
Tapi…. Disebabkan aku tak biasa dengan kawasan ni, Mak Lang suruh setan zargus tu teman aku! Nak buat macam mana? Terpaksa la aku ajak jugak dia….
Fail tu dahpun aku serahkan pada Encik Aiman. Aku ingatkan nak balik terus tapi setan zargus tu tak bagi. Katanya, alang-alang dah datang sini, takkan nak balik awal? Kalau dia dah tunjukkan semua tempat sekarang, tak payahla aku menyusahkan dia lagi lepas ni!
Puas satu bandar Kuantan dia ajak pusing! 8 jam, jalan tak berhenti! Cuma berhenti untuk makan dan sembahyang je….Macam pemandu pelancong pulak dia hari ni. Baik pulak dia…. Tak merungut….
Kadang-kadang, jalan dengan dia ni macam jalan ngan boyfriend…. Walaupun aku tak pernah ada pengalaman ‘berboyfriend’ tapi…it’s seems like that…. Sebab…dia nampak macam caring sangat hari ni…. Baik…. Aku tak tahu kenapa aku nampak macam tu! Memang la ayat-ayat menyakitkan hati dia tu selalu keluar tapi…. Ntah!
Jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku kini berada di tepi jalan,bersedia untuk melintas untuk ke stesen bas. Mataku kugosok berkali-kali. Mengantuk! Penat pun ada…. Ye la…jalan non-stop!
Setan zargus tu sedang memerhati kereta di jalan, menunggu untuk melintas.
“Jom! ,”kata Syafiq Zikrul. Aku yang sedang mamai, tercengang apabila terasa seseorang menarik tanganku. Namun,kakiku hanya mengikut langkahnya.
Tanganku masih lagi dipegang selepas kami berada di seberang jalan. Mukaku sudahpun merah padam. Dia ni tak sedar ke??
“Jeeko! ,”panggilku. Tiada reaksi. Aku cuba menarik tanganku. Gagal! Kuatnya tangan dia!
“Jeeko, tangan tu!! ,”kataku agak kuat. Dia tersentak. Serta-merta, tanganku dilepaskan.
“So..sorry! Aku tak sengaja! ,”kelam-kabut dia! Aku tertawa kecil. Dia merenungku tajam.
“Ko ketawakan aku? siap la ko karang! ,”ugutnya. Ketawaku makin kuat. Lawak betul muka dia! Tengah malu campur gelabah tapi nak ugut aku? Lawak….
“Oit, jangan la! Ko buat aku malu tau tak?!? ,”marahnya.
“Habis tu, yang tiba-tiba tarik tangan Milla apasal? ,”kataku. Dia menggaru kepala.
“Aku tak sengaja ok? Sorry la! ,”katanya. Aku tersenyum. Muka dia…comel….
“Jom cari bas. Kita dah lewat…. Ada yang kena lecture free dari Mak Lang pulak karang… ,”kataku tanpa menghiraukan kata-katanya.
“Bas kita dah ada…. Kat sana…. ,”katanya. Bagus! Aku dah penat sangat ni. Nak duduk….
Mataku makin memberat apabila kakiku mula melangkah masuk ke dalam bas. Dan, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, mataku sudah tak dapat bertahan. Beratnya berbatu!
“Jeeko, Milla ngantuk sangat…. Nah, ni duit tambang. Sampai nanti tolong kejutkan Milla…. ,”kataku sambil membetulkan posisi aku di kerusi. Tanpa sempat dia berkata apa-apa, aku terus tertidur….
Tanpa disedari, sewaktu bas itu membelok, posisi gadis bernama Anis Karmilla itu berubah. Dan kini, kepalanya sudahpun beralih tempat ; di atas bahu Syafiq Zikrul!

No comments:

Post a Comment