Tuesday, April 7, 2009

CHAPTER 10

Jam di dinding menunjukkan 8 dan 6. 8.30…. Biasanya setan zargus tu keluar ke dapur pukul 8. Makan. Tapi sekarang tak keluar lagi… Aku mengatur langkah kearah biliknya. Pintu biliknya kutolak. Aik? Tak berkunci…
Bunyi bersin dapat kudengar dari dalam biliknya. Takkanlah demam sampai tak larat bangun kot?
Terkejut aku apabila aku masuk ke dalam biliknya. Dia kini berada di dalam selimut. Dengan muka dan bibir yang pucat…. Pantas aku menyentuh dahi. Panasnya! Kucapai tangan Syafiq Zikrul. Hujung jarinya sejuk…. Memang demam teruk dia ni…
Aku kembali bangun, menuju ke dapur. Kain dan besen kecil berisi air kuambil berserta dengan segelas air suam, beberapa keping roti dan panadol. Dengan kedua-dua belah tangan penuh dengan pelbagai benda, aku masuk kembali ke dalam biliknya. Kain tadi kubasahkan dan kuletakkan di dahinya. Dia membuka mata.
“Anis Karmilla? Apa yang ko buat kat sini? ,”soalnya dengan suara serak-serak basah. Suara dia…. argh!! kalau dia tak tunggu aku tadi dia tak jadi macam ni! Kalau aku cepat sikit tadi, mungkin dia tak seteruk ni….
“Jeeko, sorry…. ,” kataku. dia mengerutkan dahi.
“ Apa yang ko mengarut ni? ,” soalnya.
“ Ye la… kalau Jeeko tak tunggu tadi, tak la sampai jadi macam ni…. ,”
“ Ko jangan mintak maaf pasal benda tu boleh tak? Tak ada benda lain ke? ,”marahnya. Aku terdiam.
“ Sorry… ,” kataku.
“Tengok tu! sorry lagi! Takde topik lain? Boring! ,” dia membuat muka masam. Aku tunduk.
“Dah makan? ,” soalku, mengalih topik. Dia menggeleng.
“Bangun sikit boleh tak? Makan sikit…. Kalau tak, nak makan ubat macam mana? ,” suruhku. Dia menggeleng.
“Tak payah makan ubat…. Aku ok… ,”katanya. Aku lupa yang mamat ni susah sikit kalau bab-bab ubat ni…. Aku memasamkan muka. Dia mengeluh.
“Ye la! Ye la! Sikit-sikit buat muka. Aku bangun la ni! ,” katanya sambil cuba mengangkat badannya. Aku membantunya bangun. Haa…dengar kata pun…
Aku membiarkan dia merebahkan badan di palang katil dengan beralaskan bantal. Roti yang kubawa kuserahkan padanya. Eh,alamak! Lupa bawak air! Pantas mataku memandang ke meja studynya. Ada sebotol air mineral di situ.
“Jeeko, lupa bawak air la…. Air kat atas meja tu ok lagi tak? Boleh ambik? Malas la nak gi dapur balik…. ,”kataku. dia mengangguk. Aku bangun dari katilnya, menuju ke meja.
Air mineral di atas meja kuambil. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Bebera keping kad kuning yang terselit di antara timbunan buku-bukunya. Kad tu…. macam kenal…. Argh!!! lantak la benda tu dulu! Mamat tu tengah sakit la! Tapi…kalau dia pengirim kad tu…. Ish! Apa aku ni?
Aku kembali ke katil Shafiq Zikrul. Roti yang kuberikan sudahpun dimakan, tapi Cuma sekeping.
“ Sekeping je? ,”soalku.
“Takde selera la…. Ha,mana ubatnya? Tadi beriya-iya sangat nak bagi aku makan. Aku
nak sambung tido pulak! Pening…. ,”katanya.
“Sorry…. Nah. ,”kataku sambil menyerahkan panadol yang kubawa kepadanya. Dia menyambut huluranku. Dua biji panadol itu ditelan serentak dengan muka berkerut. Aku ketawa.
“Apasal ko bagi aku makan benda ni? Pahit nak mampos! Macam mana la manusia boleh telan menda alah ni? ,”katanya. Tawaku makin kuat. Aku kembali duduk di sisi katilnya.
“Kalau tak makan macam mana nak sembuh? Degil betul! ,”kataku.
“Suka hati aku la! Ko sibuk apasal? ,”katanya. Dia memuncungkan bibir. Aku memandang kearahnya. Comel!!!
Dia memandang pelik kearahku.
“Kenapa ko tengok aku camtu? ,” soalannya membuatkan aku tersentak.
“ Ark…. Takde paper…. ,” Aku mengambil tuala tadi,lalu meletakkan kembali di dahinya. Tutup malu beb! Kalau dia tau aku perhatikan dia macam mana?
Tapi…. Satu je yang aku musykil. Kad tadi…. kenapa ada pada dia?

No comments:

Post a Comment