Friday, April 22, 2011

new story-ongoing-untitled-chapter 7

Aku baru sahaja dihalau oleh bapa saudaraku setelah dua bulan lebih aku tinggal dengannya. Aku diletakkan bawah jagaan dia disebabkan dialah satu-satunya adik umi yang ada. Keluarga abah pulak ak tak pernah tahu perihalnya. Arwah abah pernah cerita yang dia dah dibuang keluarga sejak berkahwin ngan umi dulu. Tapi sekarang aku dah takde tempat tinggal. Kematian abah dan umi dua bulan lalu memang merupakan tamparan hebat buat aku. Berusia 5 tahun, tapi terpaksa hidup di bumi jepun ini seorang diri. Mana aku patut pergi???
Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
“ Ah, gomennasai! ,”kataku spontan lalu tunduk,memohon maaf.
Mataku membulat apabila kulihat wajah lelaki yang aku langgar tadi. Samseng! Dia kemudian merenungku, bercakap dalam bahasa Jepun yang aku kurang faham. Yang aku faham Cuma ayat ’okanee’ yang bermaksud duit. Mereka nak duit? Aku takde!!!
”Gomennasai! Gomennasai! ,” aku terus meminta maaf. Mukanya makin bengis. Rakannya merentap beg dari tanganku, mengeluarkan semua barang di dalamnya. Dia menggeleng. Tiba-tiba, frame gambar abah dan umi jatuh. Kacanya berderai. Aku tergamam. Pantas aku menerpa ke arah mereka, memukul sekuat hatiku apabila melihat mereka menjatuhkan gambar umi dan abah. Mereka yang sudah mula beredar itu kembali berang. Aku dipukul. Gambar tadi dipijak- pijak mereka. Aku terus dipukul sehingga aku tak larat menahan kesakitan lagi. Aku cuba lari, melarikan diri dari mereka. Dan tiba-tiba...
”PONNNNNNN!!!!!!!!!,”

No comments:

Post a Comment